Seperti tahun-tahun sebelum ini, MASAF akan mengadakan MASAF Election bagi mengisi barisan kepimpinan MASAF bagi sesi akademik 2012/2013.
Semua pelajar Malaysia di Perancis boleh melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sebegini bagi mengambil peluang untuk melihat dengan sendiri bagaimana proses pilihanraya dijalankan secara kasar.
Berikut adalah potongan emel daripada pihak MASAF
Dengan ini, kami mengumumkan bahawa MASAF Election 2012 mengambil tempat mulai hari ini.
Sesi penamaan calon dibuka sekarang sehingga 11 Mei 2012 jam 23h59. Calon digalakkan untuk mencalonkan diri sendiri bagi salah satu jawatan yang dipertandingkan. Pencalonan dari pihak ketiga juga boleh dilaksanakan.
Nama pencalonan boleh dihantar melalui pautan ini.
Jawatan yang dipertandingkan adalah:
- Presiden
- Setiausaha
- Bendahari
- Ketua komunikasi
- Ketua publikasi
Skop tanggungjawab bagi setiap jawatan boleh didapati di pautan ini.
Nota: Bagi pencalonan jawatan Presiden, calon kedua yang mendapat undian tertinggi akan memegang jawatan sebagai Naib Presiden.
Kempen dan pendaftaran untuk pilihan raya akan bermula pada 12 Mei 2012. Tentatif penuh serta maklumat berkenaan perihal pilihan raya akan turut diumumkan pada tarikh tersebut.
Sekian, terima kasih.
Aamirulhasyimi Azizi,
Chief Communication
MASAF 2011/2012