1. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjalankan tugas sebagai Ketua Komunikasi MASAF 2012/2013.
2. Saya akan lakukan yang terbaik dalam melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan sebelum ini agar kita sama-sama mampu merealisasikan usaha untuk menguatkan lagi hubungan sedia ada antara komuniti pelajar Malaysia dengan persatuan MASAF.
3. Jadi untuk masa sekarang, kami dari pihak HICOM MASAF 2012/2013 sedang membuat perancangan-perancangan awal sebelum menerima mandat yang bakal diberikan secara rasmi dalam masa terdekat.
3. HICOM MASAF 2012/2013 akan berusaha dengan lebih gigih untuk sama-sama menaikkan nama MASAF agar menjadi pemacu kekuatan komuniti pelajar Malaysia di Perancis. Kami mengharapkan kerjasama dan doa dari anda semua agar segala agenda yang telah direncanakan dapat dijalankan dengan jayanya.