POTONGAN HARGA RM40 UNTUK SETIAP SAMPING!

Program 1 Dinar Emas, 1 Bulan

3 janvier 2013

BN Mampu Menang Dua Pertiga Kerusi PRU-13

(Berita Harian) - Melaka Tengah: Barisan Nasional (BN) mampu menang dua pertiga kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, kemenangan itu mampu dicapai sekiranya semua ahli parti tidak bersikap terlalu yakin, tidak sabotaj parti dan perlu menggandakan usaha bagi memastikan kejayaan itu.
Saya berpendapat BN boleh melakukannya (menang dua pertiga majoriti) sekiranya mengekalkan 140 kerusi Parlimen yang dikuasai sekarang dan merampas masing-masing lima kerusi daripada PAS dan DAP, manakala 10 lagi daripada PKR.

Rampas 20 kerusi


Ini pendapat peribadi saya...semuanya logik kerana tujuh daripada 10 kerusi PKR kini bermasalah iaitu enam keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas, manakala satu lagi kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Jadi, saya rasa kita mampu merampas 20 kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang pada PRU-13, katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pemukiman Pemantapan Profesionalisme Kelab Kebajikan dan Rekreasi Penerangan di Hotel Seri Costa di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ditanya faktor keyakinan BN mampu merampas kerusi selain disebabkan masalah yang dihadapi parti pembangkang, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meminta semua pihak melihat pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak mengambilalih pada 2009.

Di bawah teraju Perdana Menteri selama tiga tahun lapan bulan, kita tidak pernah dengar sebegitu banyak program dilaksanakan.

20 jenama 1Malaysia

Melaluinya (pemerintahan Najib) kita ada 20 jenama produk 1Malaysia, lima jenis transformasi serta pembaharuan yang dilakukan termasuk program tinjauan mesra, turun padang, janji ditepati dan pemberian terus subsidi kepada rakyat. Semua ini tidak pernah dilakukan sebelum ini, katanya.

Ahmad berkata, dengan ketegasan Perdana Menteri yang mahukan calon boleh menang, beliau yakin BN boleh mencapai kemenangan majoriti dua pertiga.

Jika kita berfikiran positif, maka tindak tanduk kita positif, tak kan kita tak boleh tawan, apa yang saya sebut ini adalah logik, katanya.