POTONGAN HARGA RM40 UNTUK SETIAP SAMPING!

Program 1 Dinar Emas, 1 Bulan

27 février 2013

Mat Sabu: Pakatan Sudah Ada Nama Calon PM

(Sinar Harian) - Pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) menyatakan calon perdana menteri pihaknya, jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-13, telah dimuktamadkan, namun masih menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, calon perdana menteri bukan satu masalah besar bagi PR tetapi nama individu terbabit akan diumumkan pada masa yang sesuai kelak.

"Kita sudah 'set', hanya tunggu masa mahu umumkannya... tapi yang pasti saya tidak tersenarai sebagai (calon) perdana menteri," katanya pada pemberita di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini di sini.

Source