POTONGAN HARGA RM40 UNTUK SETIAP SAMPING!

Program 1 Dinar Emas, 1 Bulan

26 janvier 2013

Tahap Kebimbangan Usahawan Menurun

Berita Harian

Kebimbangan terhadap kegagalan di kalangan usahawan Malaysia turun dengan ketara sejak empat tahun lalu kepada hanya 36 peratus pada tahun lalu daripada 65 peratus pada 2009.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata ini berdasarkan kaji selidik di kalangan 2,000 rakyat dewasa di negara ini seperti yang dilaporkan dalam Global Entrepreneurship Monitor (GEM) 2012.
Beliau berkata, berdasarkan laporan itu, usahawan Malaysia pernah menjadi antara yang memiliki tahap kebimbangan terhadap kegagalan paling tinggi, tetapi ia menurun dengan ketara dibantu oleh kegiatan keusahawanan yang dibentuk dengan lebih baik serta memberi fokus kepada peluang yang ada.

“Sejajar perubahan itu, perniagaan di Malaysia juga kini lebih berdaya saing berbanding empat tahun lalu,” katanya ketika melancarkan Laporan GEM 2012 itu di Kuala Lumpur, semalam.

Kaji selidik utama

Kaji selidik GEM itu ialah penilaian tahunan mengenai tahap aktiviti keusahawanan negara dan ia menjadi kaji selidik utama mengenai keusahawanan di dunia.

GEM bermula sebagai kerjasama antara London Business School dan Babson College pada 1999 membabitkan 10 negara dan sehingga kini mengendalikan kaji selidik di 96 negara.
Kaji selidik GEM itu mempunyai tiga objektif utama iaitu mengukur perbezaan tahap awal aktiviti keusahawanan antara negara, untuk mengenal pasti faktor mendorong tahap aktiviti keusahawanan dan untuk mengenal pasti dasar yang boleh meningkatkan aktiviti keusahawanan.

Husni berkata, sejajar tahap daya saing perniagaan di Malaysia yang semakin baik, kadar kejayaan perniagaan baru untuk bertahan lebih daripada 42 bulan juga meningkat kepada tujuh peratus tahun lalu berbanding hanya 4.2 peratus pada 2009, lebih tinggi berbanding beberapa di negara maju seperti United Kingdom (enam peratus) dan Jerman (lima peratus).

Beliau berkata, peningkatan itu didorong peluang keusahawanan yang lebih meluas di negara ini berbanding situasi di sesetengah negara yang mana usahawan lebih ramai berbanding peluang keusahawan.

Source