2. Bahasanya tinggi, penuh dengan sopan santun, dikias dengan unsur alam semulajadi. Pernah digambarkan bahasa Melayu sebagai "bahasa ilmu di seluruh Hindia Timur, sepertimana bahasa Latin di Eropah" oleh Tanernier dan Werndly. Jadi bahasa kita sungguh tinggi darjatnya, halus dan indah.
"Rakyat di situ adalah Melayu, yang berwarna kulit perang gelap. Bahasanya senang dan mudah dipelajari. Mereka sopan, gagah dan tertib. Mereka sukakan lagu dan hidup dengan gembira. Mereka juga merupakan tentera yang bersedia mati di medan pertempuran..."Petikan catatan Lopez Disquera, salah seorang yang menyertai rombongan dari Portugis ke kota Melaka pada 1509, dua tahun sebelum ketibaan Afonso de Albuquerque.
3. Dahulu, bangsanya indah dari segi adat rezam dan pantang-larang. Pantun, sajak dan gurindam menjadi salah satu cara untuk bertegur sapa. Teratur dalam tingkah laku dan cantik budi pekerti. Ya, Melayu dahulu selalu kita banggakan...
4. Tetapi Melayu zaman sekarang lain pula kisahnya. Di atas tanah sendiri, Melayu sekarang lupa akan asal usul, tidak ambil peduli akan sejarah bangsa. Melayu sekarang semakin hari semakin hilang rasa hormat. Ramai anak-anak muda sekarang yang sengaja memperbodohkan diri, menjatuhkan maruah dan harga diri semata-mata untuk mengikut jejak budaya barat. Sudah hilang rasa takut untuk menyakiti diri dan hati insan lain.
5. Melayu sekarang ramai MALAS bekerja dan suka membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak sihat. "Biarlah", katanya, dengan usaha kecil tetapi mengharapkan balasan setinggi gunung. Kemudian, bila kemudahan dan keistimewaan mula hilang, marah tidak tentu hala tanpa berfikir panjang, mengatakan semua ini hak mereka atas nama 'ketuanan Melayu'. Siapa sebenarnya yang tidak menghargai peluang tersebut?
6. Melayu sekarang mudah lupa, jasa ditabur berguni-guni tetapi tuba dibalas bertubi-tubi sebagai tanda 'terima kasih'. Hari ini, ucapan terima kasih itu bagi mereka seperti tabu, PANTANG diucap! Sudahlah tidak tahu berterima kasih, Melayu hari ini juga sudah lupa perjuangan nenek moyang mereka. Sungguh mudah mereka mentafsirkan makna kemerdekaan tanah ini. Melayu yang di atas pula sudah belajar untuk menikam sesama sendiri, menyekat mereka yang di bawah kerana ingin memenuhi perut sendiri. HODOH sungguh perangai segelintir Melayu sekarang!
7. Melayu sekarang sudah mula tinggalkan agama, budaya, adat dan bahasa kerana terlalu lemah dengan hiburan dunia. Aku juga seorang Melayu, tahu yang masih ada Melayu yang berkualiti, Melayu yang rajin bekerja, Melayu yang sopan. Tetapi, ini realiti Melayu sekarang, jangan sampai maruah bangsa tergadai di atas tanah sendiri baru mahu mengubah persepsi. Waktu itu, nasi sememangnya sudah menjadi bubur.
Burung Enggang menunggu pulang
Sungai Serawak mejulur hilir
Mata melihat zaman sekarang
Jatuh tersungkur mata mengalir