POTONGAN HARGA RM40 UNTUK SETIAP SAMPING!

Program 1 Dinar Emas, 1 Bulan

10 décembre 2011

Apabila Mendapat Elaun


1. Isu akademik tidak perlu lagi dikupas kerana kita tahu akan prioritinya. Kadang-kala kita perlu melihat dari aspek yang berbeza, contohnya isu pengurusan kewangan. Tujuan elaun sara hidup dibekalkan adalah untuk memenuhi keperluan sara hidup agar para pelajar tidak perlu bersusah payah untuk mencari pekerjaan sampingan semasa di luar negara. Selain itu, mereka dibekalkan dengan elaun dari hasil pungutan cukai rakyat jelata untuk membolehkan dasar pembagunan nasional berjalan pada masa hadapan.

2. Secara kasar, saya melihat pelajar Malaysia yang ditaja kebanyakkannya 'mewah' dengan wang elaun. Para pelajar dari negara lain, contohnya Thailand dan Senegal perlu bekerja sambil belajar kerana elaun yang tidak mencukupi. Bekerja sepanjang hujung minggu sungguh memenatkan dan boleh menganggu konsentrasi semasa di kelas. Pelajar Malaysia pula tidak perlu bekerja. Kita mampu pergi melancong, membeli-belah dan juga menghantar sebahagian daripadanya kepada ahli keluarga di tanah air.

3. Kebanyakkan pelajar Malaysia yang dihantar ke luar negara masih lagi kurang arif dalam pengurusan wang. Jika kita lihat akan rakan-rakan kita yang berketurunan Cina, bagaimana mereka menguruskan wang mereka. Kebanyakkan mereka bijak menilai dan membuat keputusan berkaitan isu ini. Nilai ini perlu dicontohi oleh semua, kerana pengusan wang perlu dilatih sejak kecil lagi.

4. Jika kita mampu untuk berfikir panjang dan matang, kita tahu akan faedah berjimat, menabung dengan sebaiknya. Saya percaya bahawa tindakan ini perlu kita ambil secara serius. Hasrat negara untuk menghantar kita adalah agar kita menaik taraf diri dan kondusi masyarakat sekeliling kita pada masa hadapan, bukan untuk berjoli di sana-sini dan berlagak seperti 'orang kaya baru'.

5. Seperkara lain yang membuatkan saya pelik adalah apabila ada segelintir pelajar kita yang mengatakan yang mereka kehabisan wang. Jika dihabiskan untuk usaha pembagunan diri, menderma, aktiviti persatuan, ataupun perkara-perkara berfaedah yang lain tidak mengapa. Tetapi jika dihabiskan untuk perkara-perkara yang tidak membawa kepada apa-apa kebaikan? Tidak sedihkan kita memikirkan masih ada lagi rakyat kita yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Kawan-kawan sekeliling mereka perlu menjadi lebih 'supportive' dengan membantu mereka dengan memberi bimbingan dan ilmu tentang selok-belok pengurusan wang.

6. Betulkan saya jika saya salah. Semua agama mengajak penganut-penganutnya untuk bijak menguruskan wang. Islam juga tidak terlepas dari perkara ini. Akan tetapi, penganut-penganutnya masih menjadi kelompok 'nombor satu' yang masih gagal untuk memahami kepentingan ini.

7. Buka mata, buka minda. Jangan terlalu sempitkan minda dengan perkara-perkara yang remeh sehingga membutakan mata akan permasalahan yang lebih besar yang sedang melanda anak-anak muda negara.

- - -

Anda boleh berkongsi idea-idea di bawah ,bagaimana untuk membantu rakan-rakan kita untuk bijak menguruskan wang.