"Melayu perlu berdikari untuk keluar dari kemiskinan" - Tun Dr Mahathir Muhammad
2. Bila ada duit sahaja, kita terus nak berbelanja. Belum jadi duit kita sendiri pun kita sudah mahu berbelanja. Nak dikata, bukan sedikit yang dihantar, tetapi beribu-ribu Ringgit. Tetapi kita suka membeli barang mengalahkan orang yang sudah bekerja. Telefon bimbit yang mahal setiap tahun, laptop baharu setiap tahun, baju-baju penuh dalam almari. Untuk apa? Saya bukan di sini untuk menghukum, tetapi kita sudah matang, boleh memikirkan apa yang betul, apa yang salah.
3. Kalau kita masih dengan budaya ini, sampai bila kita nak maju? Bangsa sendiri sekarang sedang dalam keadaan nazak, kita di sini berjoli, sengaja menutup mata supaya hati kita tenang, muka kita senang. Bagaimana kita mendefinisikan sifat kemaluan itu sebenarnya?
4. Apabila mahu dinasihat, hati menolak. Bila mahu dikongsi panduan, mulut berkata "tak nak". Apabila diberi bantuan, entah hilang ke mana rasa bersyukur. Makin saya lihat, makin saya rasa sedih dengan nasib bangsa sendiri.
5. Jadi bagi yang rasa marah, baik jangan rasa marah pada saya, rasa marah pada diri sendiri dulu. Benci dengan tindakan kita yang bakal memakan diri sendiri. Ingat, niat saya bukan untuk mengutuk, cuma menegur. Mungkin terlalu kasar, saya minta maaf. Tetapi sampai bila kita nak terus macam ini?
p/s : Jika anda ingin mula belajar cara pengurusan wang, saya kongsi pautan untuk satu e-book percuma daripada Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (APKP)
Sambungan daripada Apabila Mendapat Elaun 1
Untuk memahami permasalahan ini, saya mengajak anda untuk membaca Poverty Among The Malays