2. Kita dahulu pernah berikrar akan Rukun Negara, namun adakah kita betul-betul peduli? Harapkan infrastruktur kelas pertama, tetapi rakyatnya masih di takuk lama, masih dengan minda kelas ketiga. Jika kita peduli, pasti kita akan mulakan langkah untuk berubah.
3. Mahukan perpaduan, tetapi kita masih berfikiran 'rasict' sesama kita. Mahukan kemajuan, tetapi kita masih berbangga bergelar pemalas nombor SATU. Mahukan keadilan, tetapi kita masih tidak mampu berlaku adil dan mengambil sikap tolerasi terhadap bangsa dan agama lain. Mahukan kesenagan, tetapi kita masih lagi dengan falsafah "Bersenang-senang dahulu, bersenang-senang kemudian", entah falsafah mana yang kita petik. Mahukan keamanan, tetapi kita masih menganggap kita sahaja betul, dan bangsa dan agama lain adalah salah. Mahukan kecemerlangan, tetap kita masih tidak ambil peduli akan masalah negara, suka dengan dunia penuh hiburan! Mahukan itu ini, tetapi kita masih liat untuk melepaskan 'dunia sementara' kita. Mahu sahaja, buat tak mahu!
4. Jika kita peduli, kita akan lebih gigih dalam pekerjaan kita yang mana akan menguntungkan masyarakat. Jika kita peduli, kita akan lebih rasa toleransi dan bertimbangan rasa dengan perbezaan sesama kita. Jika kita peduli, kita tidak akan membuta tuli dalam budaya dan agama sehingga menjadi sumber fitnah sesama kita. Jika kita peduli, bahasa kebangsaan akan diagungkan, dipelajari. Jika kita peduli, kita akan mengikuti apa yang sedang berlaku dalam negara, dan bukan menghabiskan masa (itupun kalau tahu betapa singkatnya masa muda) dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jika kita peduli, dan hanya jika kita peduli...
5. Kita boleh mulakan langkah dengan mengambil peduli akan situasi Malaysia. Ambil serius akan tanggungjawab mengundi kita jika kita mahukan perpaduan, kemajuan, keadilan, kesenangan, keamanan, kecemerlangan buat Malaysia. Marilah mengundi, kerana undi anda mampu membawa perubahan.
Jika kita peduli, dan mahu memanggil diri sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab... Pergilah mengundi!
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Kedutaan Besar Malaysia di Paris (bagi pelajar Malaysia di Perancis) melalui maklumat berikut :
- Nombor telefon + 33 1 45 53 11 85
- Email kepada malparis@kln.gov.my