1. Kepentingan dalam pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar Malaysia di luar negara mampu mencerminkan akan tahap pembangunan dan hala tuju nasional. Jadi, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak amalan saya dalam aktiviti pengurusan kewangan dan elaun sara hidup agar dapat membantu rakan-rakan yang lain.
2. Pertama sekali, saya bakal menggunakan Perancis sebagai model kerana saya sendiri ditaja untuk menghabiskan pengajian saya di sini. Pembaca pula boleh mengambil dan mengolah idea-idea di bawah mengikut kesesuaian dan keadaan masing-masing selepas membaca.
3. Secara kasar, para pelajar Malaysia di Perancis mendapat elaun 9** Euro sebulan. Pada pendapat saya, elaun sara hidup yang disalurkan ini sebenarnya cukup untuk menyara sebuah keluarga kecil di Malaysia. Tetapi ramai pelajar yang masih tidak sedar akan fakta ini, lalu membelanjakan duit tersebut tanpa berfikir panjang sehingga memakan diri. Jadi perkara pertama yang perlu kita ambil tahu ialah akan nilai sebenar dan kepentingan wang. Jika kita gagal untuk memahami fakta bahawa wang itu susah untuk 'dibuat', maka kita telah gagal awal-awal lagi.
Tahu akan nilai dan kepentingan wang. Wang merupakan amanah dan perlu diurus dengan sebaiknya!4. Untuk makluman umum, saya mendapat sejumlah elaun sara diri yang cukup besar setiap tiga bulan. Perkara pertama yang saya akan lakukan adalah membuat bujet bulanan. Kemudian, saya akan menghantar sebahagian daripada wang saya ke Malaysia untuk mengelakkan perbelanjaan yang berlebihan kelak. Kemudian saya merancang apa yang perlu saya beli dan bayar, seperti sewa rumah, internet, telefon. Sebaiknya, kita perlu ada senarai perkara yang perlu kita bayar setiap bulan bagi memudahkan proses semasa menulis bujet. Seterus itu, saya akan menetapkan perbelanjaan bagi makanan, perkakas, pengangkutan, duit poket dan pembagunan diri (buku, sumbangan etc.)
5. Hari ini, saya menggunakan sebuah aplikasi dalam smartphone saya untuk menguruskan bujet harian saya. Setiap kali saya menggunakan wang, saya akan merekodkannya dalam aplikasi tersebut. Pengasingan mengikut katagori adalah penting, begitu juga komitmen untuk mengikut bujet yang telah disediakan pada awal bulan. Jadi, cuba untuk merekod setiap perbelanjaan agar anda tahu ke mana duit tersebut telah digunakan.
Sediakan bujet bulanan untuk memudahkan perbelanjaan pada bulan tersebut.
Untuk setiap kali penggunaan, sila sediakan sebuah sistem yang berkesan untuk merekod pengaliran wang anda.6. Jadi untuk artikel ini, saya telah berkongsi tiga tips, jika ada kelapangan masa, saya akan sambung tips-tips yang lain ini dalam artikel seterusnya.